Bekas bintang Manchester United, David Beckham dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya merempuh kereta lain ketika keluar dari rumah di Beverly Hills. Beckham menaiki Range Rover Sport hitam miliknya bersama anaknya, Brooklyn, 14, duduk di tempat penumpang hadapan. Kemalangan berlaku kira-kira jam 2.30 petang pada hari jumaat lalu. Saksi berkata, Beckham, 38, baru saja keluar dari kawasan rumahnya sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang lalu di situ.
Kereta Beckham (kiri) yang rosak pada bahagian depan selepas melanggar sebuah kereta pacuan empat roda ketika keluar dari rumahnya.
Kenderaan Range Rover Sport Beckham juga kelihatan mengalami kerosakan pada bahagian bumper.
Kerosakan dapat dilihat pada kereta pacuan empat roda Acura 4x4 milik wanita terbabit.
Beckham membeli kereta itu pada 2010 dan dianggarkan bernilai antara AS$60,500 (RM190,489) dan AS$76,200 (RM239,922). Ia bukanlah kemalangan pertama dialami Beckham bersama Brooklyn. Pada 2011 pasangan itu terselamat selepas kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan membabitkan beberapa kenderaan lain di laluan paling sibuk di Los Angeles.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan